Saturday, July 25, 2009

Al-Fatihah buat YASMIN AHMAD




Semoga Yasmin Ahmad ditempatkan bersama dengan orang-orang yang soleh di sisi Nya. Seungguhnya dari Dia kita datang dan kepada Dia juga kita kembali.

memetik kata-kata aznil dr blog beliau..
Paknil mengetahui berita pemergiannya pada pukul hampir 12mlm tadi dan terus bergegas ke Pust Perubatan Pakar Damansara. Di tingkat 3, telah ramai yang terlebih awal tiba, berwajah sedih. Paknil lihat Jaclyn Victor dan Sharifah Amani sugul saja. mungkin masih tekejut dengan berita pemergian. Rakan wartawan pun sudah sedia menunggu berita yang boleh dilaporkan daripada ahli keluarga.

Kak Fati turut memberikan maklumat kematian itu kepada kawan wartawan yang hadir mewakili keluarga Allahyarham Yasmin. Yang indahnya suasana di situ apabila Paknil lihat ramai yang hadir terdiri daripada pelbagai bangsa. Melayu, Cina, India dan yang lain benar-benar melambangkan perjuangan Yasmin. Itulah perjuangan Yasmin selama ini pun. Warna perpaduan begitu tebal dalam setiap hasil kerja beliau.


Itulah yang akan kita rindukan mengenai Yasmin. Naskah kreatif Yasmin sangat disenangi oleh berbilang bangsa dan mendapat pengiktirafan dunia! Semoga semangat beliau tidak terhenti selepas ini.

Semoga beliau tenang di sisi Penciptanya.
Amin...





:(
FieQo

2 comments:

  1. terkejot & sedih...
    al fatihah..

    ReplyDelete
  2. MASIH TERASA SMPI SKRG..
    RIP YASMIN..
    SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT..
    AMIN..
    X(

    ReplyDelete